laughing :'D

Thursday, 24 November 2011

07:27
♥
assalamualaikum .. hayyy : D sehad ? hmmm aku ingt nak despress . sepupu aku buat aku happy sikit .. memang boleh jadi gila la mlm niee . gelak sampai nak meletup paru2 jantung , hati , pankreas , perot : P .. hmmm btw aku seronok tetibe mlm nie .. main2 kat google traslate . HAHA .. tulis2 pastu dengar translate tu cakap . kami guna kutuk2 orang . whoa asew mcm nak menangis jeww bila aku gelak .. sakit betul dada aku .. hoho .. dah la bru lepas dinner ! huhu .. btw aku suka la malam nie .tak penah rse :) .. tpi tape2 aku akan jadi waktu aku dngn sepupu2 aku menjadi happy dan amzing gila2 .. sepupu aku gelak sampai nak terberak .. -.-' !! bodoh kan ! heeee mengjengkelkan lahhh u ! yang sorang uh meroyan gila2 tahap gaban ! contoh ayat yang dpe tulis
A: kau bodoh la b ..
B:kau pon sme !
A: kenapa kau sial ?
B: kau pon sial bodoh !
tu jew lah yang aku boleh tulis .. kalau ikutkan mcm2 ade .. tuliss.. memang gila .. huhu takpelah .. mesti korang tak faham macam mana kami main . tapi series bagi aku memang sngt2 lawak gila . hoho kalau ikutkan rse mcm nak jew hempuk2 lappy nieh :P .. btw .. aku mls nak tulis panjang2 . sbb aku rasa korang tak pham kami main mcm mne :)) .. btw byee .. assalamualaikum .. selamat malam !
berparty2 pulak hari nie .

Sunday, 20 November 2011

06:18
♥

hello . how are you baby ? of coz sehad. btw , hujung minggu cuti minggu awal cuti . aww awsome lah .. dapat berparty2 . ahaaa . aku tak kesah la syg :* terbace ayat nie jngn terase ?tak faham la tu . haha lupekan jew lah . btw . hey korang ade ke party2 hujung minggu ? yeahh gelek2 . nak tau saye g mne ? tak yah la ,tkot anda marah saya ? haha saya g keraoke jew . berparty jap dalam keraoke mucung sikit . haha ala kira2 tambah tolak bahagi darab 1 jam jew . haha bukan PARTY LAH KAMU .. jalan2 jew .. hehe . berkeraoke jeh.. ade lagi ? malas nak cerita pnjang2 . buat apa nak tau . ?hehe btw aku happy oke ! ade kau kesah korang nak cakap ape kat aku ? adoii aku mls la nk upload gmba2 kami . alah korang bukan nak tngok sngt pon ? time tengah keraoke tu ada la pulak orang kaco . alahh tak cantik pon tak hensem bagus la pasangan kapel kacau kami . biase lah tak ade keje .. aku cakap la kat kapel tuh "nak join kew cik dan encik -.-' ?" . senyum2 mcm kerang busuk pulak kapel tuh . tetibe dpe msuk mcm tade perasaan malu . "boleh la kami join" kata kapel tersebut .
tetibe die ajak kawan2 die-.-' ,, oh gosshh sesak sikit . tapi gila best lahh ;) .. sejurus itu saya dan yang lain2 dapat kawan baru .. menyanyi n melalak lah kami dalam family room tuh . tetibe ade hajat nak kongsi duit dengan yang lain . so bagus lahh.. ! haha . dah sejam berlalu . sesi berpisah pon tiba ;) .. bertukar2 alamat fb jewlah kami . HAHA wink sikit ;)
dah laa tamau panjang2 cerita . penat tulis jehh .. bye selamat malam u all .
we all missin u Y-Y

Saturday, 19 November 2011

05:05
♥
jeng jeng assalamualaikum ^^ . hoho semalamkan2 dah hari terakhir sekolah lah . sedih haha . hmmm u all punye last day at school mcm mana ? kite kan2 ada satu cerita tau2 nak story . tak tau lah . hmmm kite ade cikgu sejarah cantik tau2 . cantik sngt2 orang die muke mcm nora danish . klon la tu :P..cikgu kite asli bukan plastic surgery ! haha . **joke joke joke joke joke jew . cikgu sejarah kite baik gile .. kalau boleh jawab soalan sejarah kite orang dapat coklat getah tau ! KAU ADE ? kadang2 kan die tu macam singa . garang gila2 takot siot . aku dah banyak kali kene ngn die . berdiri di luar kelas sekarang ! . hoho die kan2 dah bnyak kali jerit kat kite n kawan2 kite :P .. tapi kami buat bodoh jew . haha . nak tngok gmba die ...........................
scroll
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.scroll
.
.
.
.
.
.
.
.
..
bawah la
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.bawah la lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak sabar tngok ea
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sabor la bedah . nak tngok gmbo orang jngn la gelojoh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak tengok eaa ? alololololololololo sabar tau2 !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
nak tengok ! nah amik kau
lawa kan orang die .. hoho . kecil2 cili berapi tau2 . cantik kan ? awwwww suke sngt2 .. tau tak kite punye markah sejarah kan2 semakin lama semakin meningkat . pastu turun pastu naik . ahakss .. bestt tau ngn die nie . nak tau markah sejarah kite kew ? malulahh.. tak yah la ea .. kite rse anda boleh bayangkan sendiri :P.. huhu......cikgu tu la jugak aku suka sejarah ! tq for all puan nurul ain :').. tapi taun depan die dah tak ajar kamidah Y-Y dia pindah ke kedah . sebabnya ikut suami dia. hohoho . dia baru kawin tau ! cuti sem 1 bulan 6 tadi :) .. untunglah suami beliu HAHA ..ermmmm .. we all missin u cikgu .. Y-Y
sebenarnye cikgu nurul ain nie adalah inspirasi sejarah kelas kami
marah macam mana sekali pon dia . dia tetap prihatin dengan kami
kami sayang dia sngt2 :')
whoa! saya seronok belajar ngn cikgu .
kalau boleh kami nak cikgu ajar kami tahun depan :')
tak apa lah takdir sudah menentukan
die sayang kami , kami syg die :P
sampai sini jew lah ! tak larat nak tulis dah ! hoho .. btw , jangan terase yeww . cikgu lain pon kami sayang ! hehe ! we all love you all ! haha . bye2 :)
keburukan kebaikan internet

Friday, 18 November 2011

17:31
♥
Kelebihan 1. Maklumat Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. 2. Alat komunikasi Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. 3. Jimatkan Kos dan Masa Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa. 4. Berita Terkini Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5. Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 6. Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. 7. Pendidikan Secara Atas Talian Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian. 8. Servis Perkhidmatan Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. Keburukan 1. Ketidaktepatan maklumat Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut. 2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network. 3. Bahan-bahan yang tidak bermoral Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka. 4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 5. Pembaziran masa Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.
tips menghadapi peperiksaan :)

15:31
♥
Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda dalam memahami apa yang telah anda pelajari. Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda. Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.
10 tips untuk membantu anda dalam peperiksaan :
1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
2. Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
3. Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
4. Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
5. Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .
6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
10. Analisa jawapan anda
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking
Tetapi yang penting sekali jangan lupa BERDOA. Betulkan niat dan lakukanlah hanya keranaNya. InsyaAllah Dia akan membantu.
35 Tips Pelajar Cemerlang Dari Dr.Fadzilah Kamsah

05:57
♥
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10% apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji:
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
CeriteraSaya

Friday, 11 November 2011

17:44
♥
haloa n good mornig to all my friend .how about u? sick ? LOL . u know about apple green ? ohhh ya ? i dont like a apple green u know ? i know . i like eat a human LOL.
Copyrighted © YOUR NAME | your-url.blogspot.com | 2013 All Rights Reserved